Kesilapan Ini Mampu Melingkupkan Bisnes Anda

  1. Salah Kira Harga Kos & Untung
    • Ini kesilapan paling besar. Ramai orang buat bisnes hanya kira harga
      kos produk dan kos pos sahaja. Tapi tidak ambil kira sekali kos
      tersembunyi yang terlibat seperti kos minyak pergi pejabat pos, kos
      kertas & dakwat , kos pekerja & sewa pejabat. Hujung bulan mesti akaun ada masalah & tidak mendapat keuntungan seperti disangka.
    • Pengajaran: Perlu masukkan margin kos tersembunyi anda. Juga perlu tahu berapa kos pemasaran yang perlu dibelanja untuk mendapat 1 jualan.
  2. Database Pelanggan Tidak Terurus Dengan Rapi
    • Kesilapan ini membuat ramai orang rugi besar sebab tidak dapat follow
      up pelanggan yang beritahu mahu buat bayaran serta tidak dapat guna untuk promosi seterusnya selepas jualan terhasil.
    • Pengajaran: Paling minima, nama, nombor telefon & email pelanggan anda wajib simpan.
  3. Tiada Sistem Inventori & Prestasi Jualan
    • Stok yang tinggal tidak pernah dikira. Berapa yang sudah terjual pun tidak ambil tahu. Hanya tahu jual sahaja. Kesannya, stok habis tapi jualan masuk. Ramai pelanggan marah & tuduh menipu. Mahu restock pula ambil masa seminggu.
    • Pengajaran: Sangat penting ada sistem supaya tahu berapa stok yang terjual, berapa stok yang tinggal. Jadi anda boleh tempah awal-awal. Juga perlu tahu prestasi jualan produk yang laju, hari jualan tertinggi dan sebagainya.
  4. Bazir Masa Buat Kerja Pengurusan Admin
    • Buat Kerja Pengurusan Admin Sebab mahu jimat, ramai yang buat semua kerja. Dari A-Z. Buat marketing, periksa jualan, layan pelanggan, urus akaun Facebook Page, follow-up pelanggan, periksa stok, pembungkusan produk, sehinggalah penghantaran ke pejabat pos.
    • Lama kelamaan, setiap hari masa dihabiskan hanya berkisar pada kerja pengurusan admin. Masa untuk marketing sudah tiada. Jualan merudum!
  5. Pengurusan Cashflow ‘Ke Laut’!
    • Cashflow setiap hujung bulan jangan main hentam sahaja. Rujuk semula resit-resit yang dikumpul, kadang-kadang lupa apa yang sudah dibeli. Selalunya akaun sentiasa tidak sempurna. Banyak duit keluar dari untung yang masuk.
    • Pengajaran: Catatkan berapa pendapatan yang masuk, berapa perbelanjaan yang keluar. Kumpul resit serta catatkan perbelanjaan itu supaya sistem pengurusan cashflow sentiasa terurus dan bersistem.

AdvertisingBrandingBusiness DevelepmentContent Marketing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *